Kali ini beliau berkongsi mengenai bagaimana untuk menguruskan kewangan kita di waktu seluruh dunia sedang bergelut dan berusaha untuk pulih daripada kesan penularan wabak Covid-19.
8 Tips Kewangan Ketika Berhadapan Dengan Kesan Wabak Covid-19
Wabak Covid-19 yang telah diisytiharkan sebagai satu pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyebabkan banyak kematian. Selain itu, sektor ekonomi dunia terjejas sangat teruk sehingga banyak perniagaan ditutup.
Di Malaysia, kesannya juga dirasai terutama dalam sektor pelancongan. Di Ipoh, misalnya beberapa hotel terkemuka telah menutup operasi kerana tidak mampu lagi menanggung kerugian akibat permintaan terhadap sektor perhotelan yang hampir tiada.
Jom, sama-sama ikuti nasihat dan tips kewangan di bawah:
1. Hidup Di Bawah Kemampuan Kita
Jika kita layak belanja untuk diri RM100, belajar belanja kurang dari itu agar kita masih ada simpanan kita. Jangan belanja RM100 walaupun kita layak.2. Sediakan Cepat Dana Kecemasan
Manfaatkan I-Lestari, Moratorium untuk buat simpanan Dana Kecemasan secepat mungkin. Pastikan ada Dana Kecemasan 6 bulan kedepan. Jangan habiskan peruntukan simpanan yang ada. Jika boleh ada Dana selama setahun lagi sangat membantu.3. Selesaikan Hutang dan Jangan Bina Hutang Baru
Selain buat simpanan, usahakan lebihan duit yang ada untuk cuba selesaikan hutang hutang kecil yang kita mampu. Jangan buat hutang baru kerana kita sedang guna wang yang belum kita dapat.4. Jana Pendapatan Sampingan
Rancang hidup, cari jalan untuk jana peluang bagi cipta pendapatan baru5. Kembangkan Pelaburan Anda
Belajar ilmu pelaburan, duit kita boleh dilaburkan dimana. Biar sedikit tetapi kekal terus berkembang, dari banyak tetapi berisiko tinggi untuk hilang.6. Diversifikasi Aset Yang Ada
Jangan hanya tertumpu pada satu jenis aset pelaburan sahaja, letak aset dibakul bakul berbeza. Agar jika terkesan tidak terus terjejas.7. Jaga Kebahagian Keluarga Dan Keselamatan
Ketika kemelesetan ekonomi, kadar penceraian menjadi tinggi akibat tekanan hidup, jaga keluarga baik baik. Kadar jenayah juga akan meningkat tinggi, maka jaga keselematan keluarga baik baik.8. Simpan Stok Makanan
Makanan adalah keperluan paling penting, Kerajaan peruntuk dana paling besar buat makanan. Maka jaga makanan asas kita, berhenti mencuba makanan yang pelik pelik saat begini.Jagalah keluarga kita baik baik saat begini, beri sokongan emosi pada suami, pada isteri agar mereka stabil dari segi kewangan dan emosi. Saat begini orang mudah terasa hati dan sensetif.
Ekonomi kali ini bergantung dengan negera negara lain yang belum selesai wabak lagi. Walau ekonomi kita dah baik, kita masih bergantung dengan keadaan ekonomi negara negara jiran kita.
Berdoalah agar wabak ini selesai dengan baik, agar kita boleh baiki ekonomi negara dan keluarga kita.
Azizul Azli Ahmad
Begitulah nasihat dan tips yang diberikan oleh Tuan Azizul. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.
Post a Comment