Senarai Syarikat Terkenal Pasaran Saham Bursa Malaysia. Jika anda punyai ilmu, pasti Bursa Malaysia akan menjadi lubuk anda jana pendapatan tambahan setiap hari. Anda boleh buat duit menerusi pelaburan saham di Bursa Malaysia. Malah, ramai surirumah dan mereka yang bekerja sendiri di rumah menggunakan cara ini untuk menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan.

Jadi, kenapa anda tidak ikuti jejak langkah mereka. Tahukah anda ramai yang kaya-raya di Malaysia ini bukan disebabkan mereka berniaga semata-mata, tetapi juga mereka ambil kesempatan dengan keuntungan yang diperoleh untuk membeli saham-saham yang menguntungkan di Bursa Malaysia.

Senarai Syarikat Terkenal di Pasaran Saham Bursa Malaysia

Senarai Syarikat Terkenal Pasaran Saham Bursa Malaysia

Ramai yang takut nak 'bermain' saham ni. Ada pelbagai sebab kenapa mereka takut, namun paling ketara adalah samada bermain saham ini halal atau tidak? Secara amnya, hukum pelaburan saham di Bursa Malaysia adalah harus. Namun, perlu diingatkan bahawa, jika anda beragama Islam, sebaik-baiknya ialah melabur dalam sahan syarikat patuh syariah.

Andai anda baru berjinak-jinak dalam pelaburan saham, tahukah anda terdapat lebih daripada 600 saham syarikat patuh syariah yang boleh anda jual beli? Setiap syarikat ini pula terlibat dalam pelbagai jenis industri seperti F & B, hartanah, minyak dan gas, perladangan, industri berasaskan kayu dan lain-lain.

Di sini saya ingin kongsikan satu nota ringkas daripada seorang surirumah yang berjaya menjana pendapatan yang besar dengan berkecimpung dalam urusniaga saham di Bursa Malayisa. Beliau telah senaraikan syarikat-syarikat yang famous mengikut industri perniagaan masing-masing sebagai panduan untuk anda berurusniaga di pasaran saham Bursa Malaysia.

Sistem saham

Industri Sarung Tangan

  1. Top Glove Corporation Berhad
  2. Kossan Rubber Industries Berhad
  3. Hartalega Holdings Berhad
  4. Supermax Corporation Berhad
  5. Comfort Glove Berhad
  6. Rubberex Corporation (M) Berhad
  7. Careplus Group Berhad
  8. OCR (O & C Resources)

Logistik

Tiong Nam Logistics
  1. Tiong Nam Logistics Holdings Berhad (TNLogis)
  2. Century Logistics Holdings Berhad
  3. Yinson Holdings Berhad

Industri Berkaitan Ayam

  1. QL Resources Berhad
  2. Three-A Resources Berhad (3A)
  3. Teo Seng Capital Berhad
  4. Lay Hong Berhad
  5. CAB Cakaran Corporation Berhad (CAB)
  6. CCK Consolidated Holdings Berhad (CCK)

Biskut

  1. Hup Seng Industries Berhad
  2. Khee San Berhad
  3. London Biscuit Berhad (LonBis)
  4. Hwa Tai Industries Berhad
 

Air

  1. Salcon Berhad
  2. Puncak Niaga Holdings Berhad
  3. JAKS Resources Berhad
  4. KPS (Kumpulan Perangsang Selangor)
 

Perkapalan

  1. Shipping MISC Berhad
  2. Malaysian Bulk Carriers Berhad (Maybulk)
  3. Destini Berhad
  4. Dialog Group
 

Baju & Fesyen

  1. Padini Holdings
  2. Bonia Corporation
  3. Prolexus Berhad
 

Perabut

  1. Poh Huat Resources Holdings Berhad
  2. HeveaBoard Berhad
  3. Evergreen Fibreboard Berhad
  4. Mieco Chipboard Berhad (Mieco)
  5. Homeritz Corporation Berhad
  6. SYF Resources Berhad (SYF)
 

Syed Mokhtar

Pos Malaysia Syed Mokhtar
  1. Pos Malaysia Berhad
  2. DRB-Hicom
  3. MMC Corporation Berhad
 

Teknologi

  1. KESM Industries
  2. Malaysian Pacific Industries (MPI)
  3. Globetronic Technology (Gtronic)
  4. Vitrox Corporation
  5. Unisem (M) Berhad
  6. Datasonic Group
  7. Inari Amertron
  8. MY E.G. Services
  9. GHL Systems
  10. Elsoft Research
  11. Pentamaster Corporation
  12. JCY International
  13. IFCA MSC
  14. Privasia Technology (Priva)
  15. Nova MSC
  16. Systech Berhad
  17. Censof Holdings
  18. Dagang NeXchange (DNEX) + AppAsia
  19. Green Packet
  20. Cuscapi
  21. Key Asic
  22. Industronics Berhad
  23. Trive Property
 
Senarai Syarikat Terkenal Pasaran Saham Bursa Malaysia

Harga saham ni biasanya (walaupun bukan sepanjang masa) bergerak berjemaah, kalau satu saham naik, saham lain dalam industri yang sama juga berpotensi untuk naik. Terutama sekali apabila industri tersebut ada catalyst masing-masing.

Boleh rujuk artikel Amerika Syarikat Dibadai Taufan, Syarikat Malaysia Raih Keuntungan, di mana disebabkan bencana taufan di Amerika Syarikat, syarikat-syarikat perabot di Malaysia yang banyak mengeksport ke AS bakal beroleh keuntungan

Yang malangnya, kalau ada berita buruk tentang sesuatu industri; tempiasnya turut dirasai semua yang berada di dalam industri yang sama.

Oil gas kaunter saham patuh syariah

Dalam dunia pelaburan saham ada macam-macam perangai. Ada orang suka beli mengikut jenis industri, ada juga yang suka beli bila syarikat nak umum dividen. Walau apa pun, carilah syarikat yang kukuh kedudukan kewangannya kerana itu pastinya lebih baik. jual beli saham ni biarlah mengikut kefahaman anda, bukan ikut orang atau tips dari group!

Akhir kata sebagai ingatan buat diri, pelaburan tanpa ilmu ibarat berjudi, boleh jadi berjaya atau tak menjadi.

Sumber: Puan Roslinah Laikoi, surirumah sepenuh masa

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post
Rahsia Menjadi Kaya dengan Hartanah