Rahsia mempunyai simpanan RM 300,281 menerusi duit gaji bulanan. Wahh ... nampak menarik bukan? Siapa yang tidak mahu ada wang simpanan dengan angka yang cukup hebat.

Adakah mustahil untuk mewujudkan simpanan wang yang mempunyai jumlah RM 300,281 ini?

Rahsia Mempunyai RM 300,281 Dari Gaji Sebulan

Rahsia Mempunyai RM 300,281 Dari Gaji Sebulan

Ok. Mari kita buat sedikit congak matematik. Apa yang akan saya kongsikan kepada anda ini bolehlah dikatakan satu tips dan panduan untuk anda buat duit secara bijak dengan menabung di bank-bank pilihan anda, atau mungkin di unit Amanah Saham tertentu.

Jalan kekayaan itu telah diberikan oleh mereka yang cukup bijak dan pandai. Jom, bersama-sama saya singkap salah satu rahsia kekayaan yang paling penting yang mesti saya dan anda lakukan jika mahu mengecap kekayaan.

Jom baca kisah di bawah ini yang mungkin akan inspirasikan anda untuk mula menabung dari duit gaji bulanan anda...

Diceritakan di dalam sebuah kisah, terdapat dua buah keluarga yang tinggal berdekatan. Mereka mempunyai dua orang ank dan mempunyai pendapatan bulanan yang hampir sama.

Rahsia Cara Menjana Kekayaan dari Gaji Bulanan

Namun, yang membezakan antara kedua keluarga ini ialah cara mereka menjana kekayaan menerusi gaji bulanan. Saya namakan mereka sebagai keluarga Ahmad dan keluarga Ali.

Satu keluarga yang menjana kekayaan dengan betul dan satu lagi yang sudah agak terlewat menjana kekayaan menerusi gaji bulanan. Dan kita akan lihat kesannya pada simpanan mereka.

Keluarga Ahmad merupakan keluarga yang bergaya. Pakaian mereka semuanya yang branded belaka. Mereka selalu makan diluar, shopping dan bergaya dengan kereta Honda Civic terbaru. Produk-produk terkini seperti iPhone, iPad,TV LED adalah penting buat mereka. Mereka hidup dalam keadaan serba mewah.

Manakala keluarga Ali pula selalu memikirkan akan masa depan anak mereka. Mereka pakai pakaian yang seadanya, memandu kereta Perodua Axia dan yang penting mereka mula menyimpan RM 500 sebulan sebaik sahaja anak pertama mereka lahir. Mereka menyimpan terus selama 10 tahun. Dengan kadar pulangan 10 peratus, mereka berjaya mengumpul lebih RM 100,000.

Kemudian keluarga Ahmad mula risau. Selepas 10 tahun mereka tiada simpanan kecuali rak yang penuh dengan baju lama dan gajet-gajet yang ketinggalan zaman. Jadi mereka mahu mengikuti keluarga Ali dan mula menyimpan RM 1,000 sebulan selepas 10 tahun untuk mengejar keluarga Ali!

Cuba lihat perbandingan simpanan antara keluarga Ali dan Ahmad di bawah ini:


Cuba perhatikan; selepas 18 tahun, keluarga Ali berjaya mengumpulkan RM 300,281 dengan hanya RM 500 sebulan. Sedangkan keluarga Ahmad hanya mampu mengumpul RM 146,181 walaupun menyimpan RM 1000 sebulan.

Lihat. Bukan jumlah simpanan itu yang penting di sini, tetapi adalah jangkamasa atau tempoh kita telah mula menyimpan. Inilah rahsia keluarga Ali yang berjaya mempunyai RM 300,281 daripada RM 500 simpanan yang ditolak dari gaji bulanan Ali.

Fakta ini menunjukkan menyimpan pada peringkat awal akan memberikan pulangan yang berlipat kali ganda walaupun menyimpan dengan jumlah yang sedikit. Setuju dengan saya?

Konsep menyimpan adalah mudah iaitu ....

Gaji - Simpanan = Belanja

Dan bukannya:

Gaji - Belanja = Simpanan

Ramai yang telah tersilap langkah dalam menjana kekayaan menerusi cara ini. Saya adalah salah satu darinya. Jika anda membaca entri ini dengan fikiran logik dan berlapang dada, pasti akan nampak betapa mudahnya untuk menjana kekayaan merusia duit gaji.

Kebanyakan kita melakukan kesilapan ini iaitu, selepas mendapat gaji, belanja dulu baru nak menyimpan. Walhal cara sepatutnya ialah menyimpan dahulu dan gunakan selebihnya untuk perbelanjaan. Barulah kita tidak akan berbelanja secara berlebihan atau boros. Paling penting ialah kita ada duit simpanan dan kehidupan diamal dengan pernuh kesederhaan.

Inilah pentingnya kita ada ilmu kewangan. Ilmu menjaga engkau, dan engkau menjaga harta kekayaan.

Semoga dimanfaatkan.

In Sha Allah.

Post a Comment

Previous Post Next Post
Rahsia Menjadi Kaya dengan Hartanah