Jangan tambah bebanan kewangan anda dengan memajak emas yang anda telah beli dan simpan bertahun lamanya. Anda bukan seorang pelabur yang bijak, atau bukan seorang penyimpan emas yang baik.

Emas dibeli bukan untuk dipajak. Hatta waktu kesusahan dan kesempitan sekalipun, elakkan dari memajak emas anda, walaupun menerusi Ar-Rahnu. Jika benar terdesak mahukan wang, anda jualkan sahaja emas anda .. itu lebih baik samada untuk jangkamasa panjang mahupun singkat.

Kerugian Yang Tidak Disedari Apabila Pajak Emas di Ar-Rahnu

Kerugian Yang Tidak Disedari Apabila Pajak Emas di Ar-Rahnu

Tahukah anda bahawa apabila anda ada emas, kemudian ambil keputusan untuk meletakkan emas anda menerusi pajakan di Ar-Rahnu, anda sebenarnya sedang membebani kewangan anda dengan hutang.

Anda berhutang dari segi nilai pinjaman dan juga upah simpan emas anda di Ar-Rahnu.

Beza jika anda jual. Anda tidak perlu bayar upah simpan, malah duit dari harga emas itu anda boleh dapat sepenuhnya. Kalau anda pinjam menerusi Ar-Rahnu atau mana-mana kedai pajak-gadai emas, anda tak dapat harga penuh untuk emas anda.

Menerusi satu perkongsian dari Tuan Azizul, satu persoalan diutarakan "Untungkah Pajak Emas di Ar-Rahnu Ini?"

Dan berikut adalah perkongsian ilmiah daripada beliau mengenai apa sebenarnya yang anda 'dapat' apabila memajak emas anda di Ar-Rahnu.

1. Jika ada yang datang dan jual emas pada kita dengan ayat berikut ....

"Alah... Sesak sesak nanti boleh pajak di Ar-Rahnu." ia bukan pilihan yang bijak.


2. Kedai pajak biasa, hanya beri nilai 30% dari nilai emas tersebut. Ar-Rahnu nampak lebih baik, memberi pinjaman antara 65% -70% dari nilai barang kemas atau emas yang kita ada.

Maka, atas alasan ini .. ramai tidak ke kedai pajak gadai lama dah sekarang.

3. Kadar UPAH  yang Ar-Rahnu kenakan adalah dari NILAI EMAS kita ada dan bukannya dari JUMLAH PINJAMAN. Beza dengan kedai pajak lama.

Dekat disini ramai yang terlepas pandang.

4. Katakan gelang emas 916 'bling bling' kita bernilai RM10,000. Kita hanya dapat pinjaman  65% iaitu RM6,500 sahaja.

Jika anda jual? Agak-agak berapa anda akan dapat?

5. Caj upah simpan adalah RM0.85 setiap RM100, jadi 0.85/100 x RM10,000 = RM85 sebulan. Jika kita 'Menyimpan' di Ar-Rahnu selama 6 bulan?

Pernah ke terfikir ni?

"Ishhhh kenapa RM0.85 x RM10,000. Kami pinjam cuma RM6500 sahaja?"

Jangan marah, kalau anda baca syarat yang ada, memang begitu kiranya kawan! Hebat bukan model perniagaanya?

6. Bagi pinjaman bernilai RM6,500 ini. Kadar upah yang dikenakan adalah RM85 x 6 bulan = RM510. Jika setahun adalah RM1,020!

7. Kadar faedah yang dikenakan adalah 7.85% bagi tempoh 6 bulan dan jika setahun adalah 15.7% setahun! Erkkk... tak tertelan air liur ke?

(RM510/RM6,500 x 100% = 7.85%)

Baru sedar ke?

8. Kadar ini sangat tinggi sebenarnya. Itu baru faedah upah simpan belum bayar duit hutang RM6,500 lagi.

9. Jika ada yang ajarkan belilah emas dan letakkan di Ar-Rahnu duitnya digunakan sebagai deposit rumah.

Atau

Duit itu letak dalam ASB atau Tabung Haji, dapat duit boleh beli emas lagi.

Itu semua cadangan tidak pintar namanya.

10. Tahukan kita bahawa dengan pajak emas di Ar-Rahnu juga, ia akan keluar dalam rekod CCRIS bahawa kita sebagai orang yang kurang kemampuan dalam kewangan.

Bank akan pandang kita sebagai lelaki yang gagal urus wang. Nak buat loan rumah jadi susah.

Emas adalah penyimpan nilai yang baik. Simpanlah emas 30% dari aset kita. Bukannya beli untuk diletakkan di Ar-Rahnu kawan.

Belilah emas secara bijak,  bukan kena pijak.

Azizul Azli Ahmad

Jom Bebas Hutang 
Begitulah.

Sekarang anda dah nampak apa kekurangan 'menyimpan' emas anda di Ar-Rahnu?

Penubuhan dan kewujudan sistem Ar-Rahnu memang bagus dari satu sudut, kerana ia memberikan alternatif sistem pajak-gadai di negara-negara Islam.

Tetapi, pengurusan kewangan dengan cara berhutang bukanlah satu cara yang terbaik. Dalam agama Islam pun, tidak digalakkan berhutang, kerana dengan hutang yang tidak dilangsai, ia akan menjejaskan amalan kita untuk dihisab di akhirat kelak.

Jadi, seandainya boleh, elakkan dari memajak gadai emas anda, tak kiralah samada di Ar-Rahnu mahupun di pajak gadai Ah-Leong, Ah-Senang, atau apa-apa.

Berhutang akan menyempitkan rezeki. Percayalah.

Post a Comment

Previous Post Next Post
Rahsia Menjadi Kaya dengan Hartanah