Empat (4) Trend Hartanah di Malaysia. Jika anda seorang pelabur hartanah yang baru, tentu mahu lihat dan ketahui trend-trend hartanah terkini di Malaysia. Disebabkan beberapa faktor terutama dari segi perlaksanaan cukai GST, kedudukan nilai ringgit, permohonan pinjaman berkaitan hartanah yang semakin ketat, selain polisi daripada kerajaan; terdapat ketidaktentuan dalam trend pelaburan hartanah di Malaysia.

4 Trend Hartanah di Malaysia

Pun begitu, terdapat 4 trend yang semakin diberikan perhatian terutama mereka yang bergiat aktif di dalam pelaburan hartanah di Malaysia ini. Mari sama-sama kita lihat apakah tiga trend tersebut, dan mengapa ia semakin digemari dan menjadi buruan para pelabur hartanah, samada yang baru atau lama.

Trend Rumah Didiami Sementara

Rumah untuk didiami sementara

Trend rumah untuk didiami sementara sangat popular sekarang. Oleh sebab ramai tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri, maka ramai yang memilih untuk menyewa.

Contohnya di kawasan berdekatan Kolej atau Universiti, ianya merupakan lubuk emas kepada pemilik-pemilik rumah sewa. Kemudahan tempat tinggal untuk pelajar semakin mendapat permintaan berikutan penyusutan nilai ringgit dan kekurangan jumlah asrama yang bersesuaian.

Jika dilihat kepada Airbnb, saiz yang ideal adalah sekurang-kurangnya 500 kaki persegi dengan pelbagai kemudahan seperti memasak, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan sebagainya. Ramai yang menggunakan perkhidmatan Airbnb ini samada untuk mengiklankan rumah untuk disewa sementara, atau untuk mencari rumah bagi tujuan menyewa.

Menurut Airbnb, saiz yang ideal untuk tujuan ini adalah sekurang-kurangnya 500 kaki persegi dengan mempunyai pelbagai kemudahan seperti kemudahan memasak, mesin basuh, ketuhar gelombang mikro dan sebagainya.

Airbnb

Untuk membolehkan konsep begini membuahkan hasil, hartanah kita mestilah terletak berhampiran pusat pengajian dan pusat tarikan pelancong seperti Bukit Bintang, Georgetown dan JB sentral. Anda akan terkejut dengan perolehan pendapatan yang boleh diterima dengan trend hartanah ini.

Ini terbukti benar, apabila ada seorang pelabur hartanah berjaya menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan hanya dengan menyewakan kediamannya di Seri Bukit Ceylon, yang terletak lapan minit berjalan kaki daripada stesen MRT Bukit Bintang.

Ruang Kerja Fleksibel

Semakin ramai generasi Y di Malaysia memilih kerjaya sebagai usahawan. Oleh itu ruang kerja fleksibel yang dikenali sebagai ‘hot-desking’ atau ‘co-working’ adalah trend yang semakin popular. Ia amat sesuai kepada syarikat yang baru nak bermula, sensitif dengan aliran tunai dan memerlukan akses komputer dengan kemudahan mencetak serta mengimbas.

Antara syarikat permulaan terkenal yang menggunakan trend ruang kerja fleksibel untuk beroperasi di Malaysia adalah seperti Kaodim dan iFlix.

Dengan adanya trend begini, ruang kerja fleksibel menjadi semakin popular. Inilah peluang yang sangat terbuka luas jika anda mempunyai hartanah yang mempunyai ruang agak luas. Contohnya,  jika anda mempunyai lebihan ruang pejabat, mengapa tidak menukarnya menjadi aktiviti 'hot-desking' dan membantu rakan usahawan lain?

Anda boleh menyewakannya secara bulanan atau dikira mengikut kepala.

Samada secara atau tidak, terdapat banyak permintaan di dalam pasaran, khususnya di Kuala Lumpur sehingga menjadikan ia sebuah pasaran untuk pembeli. Ia juga menyokong trend keusahawan terkini iaitu bekerja dari 'rumah' dan berniaga secara online.

Rumah Dijual Semula (Second-Hand House)


Jika anda amat memerlukan sebuah rumah, unit rumah dijual balik adalah pilihan kerana ia berharga lebih rendah, iaitu kira-kira 30 peratus lebih murah berbanding rumah baru dilancarkan.

Ia memandangkan bekalan besar yang ada di dalam pasaran sekarang ini menyumbang kepada lambakannya, sehingga menyebabkan harga hartanah tidak meningkat mendadak. Ini menjadikan situasi atau trend ini sebagai pasaran untuk pembeli.

Namun, anda perlu menyediakan sejumlah wang tunai tambahan di dalam tangan kerana perlu membayar deposit, yuran peguam dan kos lain. Menariknya, penjual biasanya bersedia untuk berunding bersama anda.

Justeru, jika anda menghadapi kesukaran menyediakan deposit 10 peratus, anda boleh berunding terma pembayaran bersama penjual.

Rumah Kos Rendah


Kegagalan memiliki kediaman sendiri, adalah di antara isu yang sering diperkatakan sejak sekian lama dan sering menjadi perdebatan ramai pihak terutamanya ketika situasi ekonomi yang tidak menentu. Di antara faktor yang menjadi penghalang kepada masalah pemilikan rumah, terutamanya di kalangan golongan muda; adalah nilai hartanah yang melambung tinggi, kesukaran mendapatkan pembiayaan, kos sara hidup yang meningkat serta beban hutang.

Justeru itu, telah menjadi trend masa kini untuk membeli rumah kos rendah berbanding sederhana dan mewah. Permohonan rumah kos rendah meningkat dari tahun ke tahun dan kebarangkalian untuk memiliki rumah murah sangat tinggi. Diharapkan pemaju perumahan akan menyedari trend ini dan berusaha memperbanyakkan rumah kos rendah untuk memenuhi permintaan.

Kepada bakal-bakal pelabur, pastikan anda follow trend-trend ini, dan in Sha Allah suatu hari nanti, pasti anda juga akan menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post
Rahsia Menjadi Kaya dengan Hartanah