Jom baca sedikit perkongsian dan tips ini yang menerangkan mengenai booster atau pemangkin sesuatu hartanah yang sepatutnya ramai usahawan hartanah patut dan wajib tahu.
7 Booster Hartanah Wajib Tahu
Ramai yang bertanya kepada saya apakah ciri-ciri yang perlu di ambil perhatian sebelum membeli sesuatu hartanah?Ciri Penting
Ada 2 Ciri yang penting iaitu :- Kawasan yang memberikan peningkatan hartanah dengan cepat. (Capital Appreciation)
- Kawasan yang memberikan lebihan tunai positif dalam sewaan. (Positive Cashflow)
Kedua-dua faktor ini dipengaruhi oleh keadaan persekitaran hartanah tersebut yang saya pangggil sebagai booster atau pemangkin ....
Ketahui & Belajar Berkaitan 7 Booster Hartanah
Di sini saya ingin kongsikan 7 Booster yang menjadi punca-punca bagi 2 ciri penting di atas ialah:- Infrastruktur
- Infrastruktur ini adalah seperti pengangkutan awam contohnya MRT, LRT, BRT dan lain-lain. Selain itu, contoh infrastruktur yang lain adalah seperti kedudukan kawasan yang berhampiran dengan Exit kepada highway.
- Hospital
- Apabila hospital dibuka di kawasan tertentu, ia menunjukkan bahawa kawasan tersebut telah meningkat dari segi populasi masyarakat setempatnya.
- Institusi Pengajian
- Institusi pengajian ini adalah seperti sekolah rendah,sekolah menengah,kolej,universiti,sekolah antarabangsa dan sebagainya. Contoh paling mudah ,penubuhan sekolah antarabangsa mampu menarik minat expatriate untuk membeli kawasan persekitaran tersebut.Pusat Membeli Belah
- Shopping Complex
- Seperti juga hospital,pembukaan shopping complex juga merupakan satu indikator penting untuk kawasan tersebut menjadi satu kawasan yang matang.Contoh paling mudah kita boleh ambil di kawasan Bandar Utama. Terdapat pusat memberli belah One Utama di sana.
- Kawasan Pelancongan
- Kawasan Pelancongan dapat menarik ramai orang ke tempat tersebut dari dalam dan juga dari luar negara. Strategi yang biasa digunakan adalahdengan menyediakan rumah untuk disewakan sebagai homestay.Contoh kawasan pelancongan adalah seperti di Ayer Keroh ,Melaka.
- Lifestyle & Hiburan
- Kawasan ini kebiasaannya akan menarik minat golongan expatriate dan juga golongan muda yang suka kepada hiburan.Contoh kawasan ini adalah seperti di KLCC,Hartamas,dan Mont Kiara.
- Industri
- Kawasan industri pada permulaannya memang tidak sesuai untuk dijadikan kediaman.Tetapi lama kelamaan disebabkan oleh peluang pekerjaanyang tinggi dan populasi yang meningkat ,maka permintaan untuk kediaman juga akan meningkat.Contoh kawasan yang bermula dari kawasan industri adalah seperti Shah Alam, Bangi, Penang dan Nilai.
Sifu saya berpesan...
"Jangan hanya membeli disebabkan 1 booster sahaja. Yang paling baik sekiranya terdapat banyak booster di kawasan tersebut."Semoga Bermanfaat yer..
Fairuz
Pengusaha Sublet Premium KL
======
Semoga sedikit perkongsian ilmu berkaitan tips dan rahsia pelaburan hartanah ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pembaca semua. Kongsikan tips ini kepada rakan-rakan anda yang lain, sebarkan ilmu berkaitan hartanah ini agar kepekaan terhadap industri ini ada dalam benak minda.