Baru bernikah, tetapi sudah ada rumah sendiri. Alhamdulillah, inilah yang sepatutnya berlaku. Bukan baru berkahwin, dibebani hutang sana sini kerana mahukan majlis perkahwinan yang gah atau hantaran yang mahal-mahal.

Islam sendiri tidak galakkan. Orang yang baru berkahwin sepatutnya dipermudahkan segala urusan. Tuntutan agama ini tidak patut menjadikan pasangan takut untuk bernikah atas pelbagai alasan.

Rahsia Baru Berkahwin Tetapi Sudah Mampu Miliki Rumah Sendiri

Rahsia miliki rumah sendiri untuk pasangan baru berkahwin

Berkahwinlah secara bersederhana. Majlis kenduri tidak perlu besar-besaran. Tidak perlu adakan tari-menari atau band kugiran. Tidak perlu jamu tetamu berlebihan sehingga akhirnya ada makanan yang tidak terhabis dan terbuang.

Fahami konsep kenduri dan memberi makan ketika mengadakan walimah ini.

Jika kahwin sederhana, bolehlah duit yang dihimpun dijadikan duit untuk deposit beli rumah bersama.

Jika berkahwin dengan pasangan yang dah ada rumah, wahh memang untung sangatlah. Tapi tak salah ada rumah kedua untuk pelaburan masa hadapan. Duit dah ada, jangan dibazirkan kepada perkara tidak perlu.

Fikir masa hadapan.

Jika tidakpun, gunakan duit hantaran untuk kelengkapan dalam rumah, agar nanti perjalanan kehidupan sebagai pasangan suami isteri dipermudahkan.

Berkahwinlah Secara Sederhana, Tiada Untungnya Berlebih-Lebihan

Kahwin sederhana ini macamana?

Rahsia miliki rumah sendiri untuk pasangan baru berkahwin

Simple. Tak perlu mewah sangat menjamu orang makan. Makanan cukup satu dua lauk, janji sedap. Tetamu takkan kata apa kalau makanan tu sedap. Usah membazir pada 'side dishes' sebab kos nanti akan bertambah sebab bertambah ruang dan mungkin pertambahan tempahan katering.

Bila kos makanan itu kecil, boleh jamu lebih ramai orang, lebih berkat majlis. Lebih baik begitu.

Tak perlu hiasan pelamin yang keterlaluan. Bukannya masuk TV dan keluar dalam berita dalam akhbar. Begitulah juga dengan hiasan hantaran. Kadangkala kos nak menghias lagi tinggi dari barang hantaran itu sendiri.

Untung Jika Beli Rumah Guna Duit Hantaran

Anda tahu tak? Jika hantaran RM10,000 hingga RM15,000, duit tersebut dah cukup untuk deposit beli rumah pertama pada harga RM200,000 hingga RM300,000.

Tak ke untung? Ada duit sebanyak itu tetapi boleh dapat sesuatu yang lebih nilai daripada duit hantaran?

Khemah kahwin tak perlu banyak. Berpada-padalah. Kalau boleh sewa tempat yang ada bumbung pada kos lebih murah, maka itu lebih baik.

Buat ibubapa pasangan pengantin, janganlah ada impian untuk gunakan duit hantaran tersebut dihabiskan dengan sekali kenduri saja. Bantulah pasangan baru nak hidup ini dengan galakkan mereka ada rumah sendiri.

Takkan nak biarkan mereka hidup berkelamin bersama anda (dalam rumah sama) sepanjang hidup mereka?

Rahsia miliki rumah sendiri untuk pasangan baru berkahwin

Duit collection sedekah dari tetamu tu, kena faham .. ianya bukan untuk ibubapa, tetapi untuk pasangan. Ia adalah untuk memudahkan mereka jalani kehidupan rumahtangga, bolehlah nanti digunakan untuk beli peralatan dalam rumah pertama mereka, paling tidak jadi duit bayaran tambahan untuk rumah mereka sendiri.

Setakat Hantaran Mahal Untuk Instagram, Apa Gunanya?

Gadis pula, mintalah hantaran boleh guna lepas kahwin macam peti sejuk, mesin basuh, periuk nasik, blander dari kasut cantik atau handbag hanya untuk masukkan dalam Instagram saja.

Ehh .. jangan pula hantar barang-barang tersebut waktu majlis, cukuplah dengan gambar serta slip pembelian. Ringan sikit bebanan orang yang membawa hantaran.

Rahsia miliki rumah sendiri untuk pasangan baru berkahwin

Jika bajet kecil, mulakan dengan rumah kecil 3 bilik 2 bilik air terlebih dahulu sebagai permulaan. Kena ingat juga kemampuan kedua-duanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post
Rahsia Menjadi Kaya dengan Hartanah